aku.mario(pictographer).botak.tegi
mario
individu yang bertanggungjawab menyediakan penginapan kami sepanjang BOTAK bertandang ke KL. pada mulanya, aku dengan mario tidaklah berapa berkawan sebab beliau seorang yang agak sukar difahami dan didekati, maklumlah anak Tuan Jabar. hendak dikatakan takdir kami mulai rapat (bukan bermaksud songsang) ketika sama-sama menuntut di KOLEJ MATRIKULASI PAHANG. akhirnya kami berkawan rapat dan terus rapat. untuk beliau selamat berjaya dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal di UMP!

yang berbaju 'indie' ialah MARIO
botak
beliau seorang yang amat gila-gila pemikirannya. seorang tokoh pelajar tersohor di MRSM LENGGONG dan menjadi kebanggaan CIKGU ALI. agak kerap berkunjung ke KL kerana beliau banyak duit barangkali. maklum jugalah beliau juga anak kenamaan di Kampung Lawin. botak ini telah kukenali sedari tingkatan satu lagi. seronok bertemu orang macam beliau yang cepat mesra dan masuk dalam apa jua situasi. buat botak, semoga berjaya di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
BOTAK di hadapan sekali
tegi
saat perkenalanku dengan beliau adalah ketika tegi menjadi teman sebilik aku di MRSM Lenggong. beliau ini kaki buli. suka sangat buli ahli bilik yang paling kusayangi, negro. seorang yang pintar sejarah sehingga diangkat menjadi adik angkat Puan Zurina. cemburu ak melihat keadaan itu. tegi ini boleh diklasifikasikan sebagai sang arjuna mencari cinta. suka sangat layan lagu-lagu indonesia bajet hendak jadi ariel peterpan, pasha ungu. tapi beliau memang baik, tiada dapat kunafikan. tegi, tahniah atas kejayaanmu ke UMP bersama mario!
-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
the curve-dataran merdeka-rondaKL
kami berempat berjalan-jalan tanpa duit yang banyak di sekitar KL. kami ke the curve menonton wayang JANGAN PANDANG CONGKAK. mario cuak gila ketika menonton filem ini. kesian aku, botak dan tegi melihatnya. selepas itu kami pun berkaraoke bagi memecahkan keheningan malam di tengah-tengah Bandar Utama. selepas tekak kami rasa hendak berdarah, kami bersiar-siar sekitar the curve. melihat senario di situ pada waktu malam. setelah itu, kami menaiki AFM686 untuk meronda-ronda KL. destinasi kami adalah tempat bersejarah, DATARAN MERDEKA. alangkah terkejutnya kami apabila bersemuka dengan senior yang agak *$#$%@!, sokmo!terpaksa juga kami bersembang kosong bersama dia. dia belanja kami minum di nasi lemak kampung baru. kemudian, kami pun ronda-ronda sekitar KL.
putrajaya
~bandaraya berinovasi tinggi~
setelah dua tahun aku menetap di ampang, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di tanah putrajaya ilham mantan PM IV Tun Dr Mahathir. walaupun jalan-jalan yang terdapat di sini agak mengelirukan tetapi aku kagum melihat senibina yang ada. syabas, CHE DET! aku pun hendak ucapkan terima pada botak, tanpa kehadiran beliau ke KL dan kehendak beliau bersama mario, aku tidak akan menjejaki Putrajaya!
TAMAT
aku perlu pulang ke rumah awal sebab aku ini agak berdisiplin
(*_*)
tinggallah mario dan botak berdua





Best giler weyh, entah bile lak aku boleh kuar camni ngn korang lagi, hahaha... hari tu kuar KL malam Mario cuak lak...
ReplyDelete